Website Development

Kursus Mengurus Content Sosial Media Dengan AI

Anda akan belajar bagaimana menyusun dan membuat content sosial media yang berpengaruh dengan AI.

Descriptions

Kursus AI UNTUK PENGURUSAN SOSIAL MEDIA ini dirangka bagi memperkukuh kompetensi penjawat awam dalam mengaplikasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), khususnya melalui penggunaan ChatGPT dan pelbagai AI tools.

Seiring dengan gesaan YAB Perdana Menteri bahawa penguasaan AI merupakan satu keperluan dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam, kursus ini memberi tumpuan kepada penghasilan kandungan media sosial yang lebih efektif merangkumi penulisan copywriting, pembangunan poster, infografik, video serta penyusunan content calendar yang sistematik.

Program berintensif selama 2 hari ini menggunakan pendekatan 20% teori dan 80% praktikal (hands-on) bagi memastikan peserta benar-benar menguasai aplikasi AI dalam tugasan komunikasi korporat.

Pelaksanaan kursus ini juga selari dengan agenda transformasi digital negara yang menuntut penjawat awam lebih kreatif, produktif dan relevan dalam menghadapi cabaran era digital.

Hasil Pembelajaran

Modul Kursus

Modul 1: Pengenalan AI Pengurusan Sosial Media
  • Pengenalan kepada mengurus sosial media.
  • Kepentingan mengurus sosial media.
  • Kesilapan mengurus sosial media.
  • Kelebihan AI dalam pengurusan sosial media.
  • Senarai tools AI dalam mengurus sosial media.
  • Teknik prompting untuk output yang relevan.
  • Sesi latihan #1.
  • Prinsip copywriting berkesan.
  • 3 formula copywriting.
  • Template prompt copywriting.
  • Sesi latihan #2.
  • Prinsip poster yang menarik.
  • Tools AI generate poster yang cantik.
  • Template prompt poster.
  • Cara edit poster.
  • Sesi latihan #3.
  • Prinsip content berpengaruh.
  • 3 jenis content paling berpengaruh.
  • Template prompt content.
  • Sesi latihan #4.
  • 3 jenis infografik.
  • Tools AI untuk generate infografik.
  • Template prompt infografik.
  • Sesi latihan #5.
  • Pengenalan content calendar.
  • Kepentingan content calendar.
  • Framework content calendar.
  • Template prompt content calendar 30 hari.
  • Sesi latihan #6.
  • 3 jenis Video dengan AI.
  • Tools AI untuk generate video.
  • Template prompt video.
  • Sesi latihan #7.

Details

Hubungi

Borang Pendaftaran

Jemput isi borang di bawah dan team kami akan respon seawal 1 jam daripada tempoh anda isi borang.