9 Kelebihan Memiliki Website Untuk Bisnes Kecil

Ada peniaga kecil bertanya,

“Tanpa ada website pun bisnes saya sekarang sudah survive, sudah buat untung. Apa perlunya saya keluarkan banyak modal untuk membuat website? Sedangkan saya boleh gunakan duit itu untuk urusan lain.”

Pada masa ini, website amat penting untuk bisnes kecil.

Sangat banyak manfaatnya kita mempunyai website. Nilai tiap-tiap manfaat itu semakin lama semakin tinggi.

Tidak cukup andainya bisnes kita hanya menggunakan media sosial sahaja untuk bagi menjalankan kerja-kerja marketing dan selling.

Orang semakin bijak sebelum membuat keputusan. Mereka akan cari kita dalam internet dahulu sebelum membuat keputusan.

Website yang dibina secara profesional menghasilkan banyak manfaat jangka masa segera dan jangka masa panjang.

Dalam jangka masa segera, manfaat website adalah:

i. Website mampu menaikkan jumlah leads yang masuk. Ini terhasil apabila website itu menerbitkan konten yang mampu menaikkan minat dan kepercayaan customers.

ii. Website mampu menaikkan jumlah jualan.

iii. Website mampu menerangkan perbezaan dan keistimewaan produk ataupun servis kita dibandingkan dengan produk dan servis dari syarikat lain.

Website yang dibina secara profesional juga mempunyai banyak manfaat pada bisnes kita untuk jangka masa panjang.

9 Sebab Perlu Melabur Dalam Website

Di bawah ini 9 sebab mengapa bisnes kecil perlu melabur dalam pembinaan website:

1. Kredibiliti dan kepercayaan

Website mencipta gambaran positif tentang bisnes kita. Orang pandang bisnes kita lebih kredibel dan lebih profesional dibandingkan bisnes yang cuma mempunyai akaun media sosial.

Orang lebih percaya pada bisnes yang mempunyai website.

Walaupun kita sudah muncul di radio, di televisyen, di surat khabar, dan di seminar, selagi bisnes kita tidak mempunyai website yang dibina secara profesional, kredibiliti kita rendah.

Kredibiliti adalah asas membina TRUST atau kepercayaan orang terhadap bisnes kita. Website menaikkan kredibiliti kita bisnes kita.

2. Emel brand

Dengan mempunyai website kita boleh memiliki alamat emel sendiri yang menaikkan nama brand kita.

Contohnya: farhan@batiksutera.com. Surat-menyurat kita dipandang lebih profesional. Orang lebih yakin dengan bisnes kita.

3. Menarik customers baru

Dengan mempunyai website kita dapat menarik lebih banyak customers baru yang datang dari carian di Google.

Leave a Reply

Your email address will not be published.